Tuesday, March 25, 2008
sekian lama menghilang kini timbul dgn sebuah kisah...berkatnya berbismillah...
Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya.
Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."
Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."
Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.
Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan."
Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.
Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.
Monday, February 11, 2008
selamat ulang tahun perkahwinan kita yg ke 2...

(Khas buat insan teristimewa dalam hidup ini... dan juga
isteri-isteri pejuang... serta bakal isteri seorang
pejuang)
Isteriku....
Apabila kusentuh telapak tanganmu...
Ku usap-usap,ianya semakin kasar dan keras....
Apabila kurenung wajahmu....
Terpancar sinar bahagia dan ketenangan walaupun
kutahu...
Redup matamu menyimpan satu rintihan yang memberat....
Apabila kutersentak dari pembaringan dikala fajar kazib
menyinsing...
Aku terpana dek munajatmu yang syahdu.
Isteriku...
Tatkala teman-temanmu sedang bersantai di samping...
Insan-insan tersayang di dunia ciptaan mereka..
Engkau bahagia mengorbankan seluruh detik-detikmu....
Hanyasanya untuk Islam...
Tatkala lengan-lengan mereka dibaluti...
Pelbagai hiasan yang indah...
Leher-leher mereka memberat dilingkari dengan kilauan
barang kemas...
Pakaian-pakaian mereka anggun persis puteri kayangan...
Wajah mereka dipalit pelbagai warna dan jenama...
Kau umpama ladang ummah...
Kau menginfa'kan seluruh jiwa dan raga demi kebangkitan
Islam...
Kau tak pernah bersungut-sungut, mengeluh, meminta-minta
mahupun mengadu domba...
Tatkala mereka berlumba-lumba mengejar pangkat dan nama... Kau gah menjulang nama dengan pengaduanmu di sisi yang
Esa...
Isteriku....
Bukan aku tidak mampu membelikan barangan dan
hiasan-hiasan tersebut...
Tetapi isteriku...
Aku masih ingat tatkala aku menyuntingmu untuk dijadikan
suri dan seri kamar hatiku....
Kau melafazkan, "Saya sudi menjadi sayap kiri perjuangan
saudara tetapi dengan syarat..."..
Kau tersenyum sambil menghela nafas dalam-dalam....
Aku termangu sendirian...
Syarat apakah itu? Banglokah? Hantaran seribu serba
satukah? Kereta mewahkah? Aksesori Habib Jewels kah? Barangan kulit
Bonia kah? Perabot mahal dari Itali kah?...
Atau honeymoon di Kota Paris kah?..
Katakan...
Aku mampu memberikan...
Lamanya kau mengumpul kekuatan untuk berkata...
Akhirnya...
Arghhh!!!
Permintaanmu itu...
Pasti ditertawakan oleh kerabat dan teman-teman kita...
Aku tergamam serta Kelu...
Dengan penuh keyakinan kau berkata..
"Saudara , Mampukah saudara menjadikan saya sebagai
isteri yang kedua saudara?....
Mampukah saudara menjadikan Islam sebagai isteri pertama
saudara yang lebih perlukan perhatian?...
Mampukah saudara meletakkan kepentingan Islam melebihi
segala-galanya termasuklah urusan-urusan dunia?...
Mampukah saudara menjual diri saudara semata-mata kerana
Islam?..
Mampukah saudara berkorban meninggalkan kelazatan
dunia?...
Mampukah saudara menjadikan Islam laksana bara api....
Saudara perlu menggenggamnya agar bara itu terus
menyala...
Mampukah saudara menjadi lilin yang rela membakar diri
untuk Islam.. Bukannya seperti lampu kalimantang yang
bisa di'on'kan bila perlu dan di'off'kan bila tidak....
Mampukah saudara mendengar hinaan yang bakal dilontarkan
kepada saudara kerana perjuangan saudara....
Dan...
mampukah saudara menjadikan saya isteri seorang
pejuang yang tidak dimanjai dengan fatamorgana dunia?...
Aduh! Banyaknya syarat-syarat itu isteriku...
Namun aku menerima syarat-syarat tersebut kerana aku
tahu..
Jiwamu kosong dari syurga dunia...
Kerana aku tahu kau mampu mengubah dunia ini dengan iman
dan akhlakmu..
Bukannya kau yang diubah oleh dunia...
Isteriku..
Akhirnya jadilah engkau penolong setiaku sebagai nakhoda
mengemudi bahtera kehidupan kita...
Susah senang kita tempuh bersama...
Aku terharu dengan segala kebaikanmu...
Kau jaga akhlakmu...
Kau pelihara maruahmu selaku muslimah...
Kau tak pernah mengeluh apabila sering ditinggalkan dek
tugasku menjulang Islam ke persada agung....
Kau jua sanggup menyekang mata menungguku sambil
memberikan aku suatu senyuman terindah di ambang pintu
tatkala aku pulang lewat malam....
Malah kau seringkali meniupkan semangat untuk aku terus thabat di pentas
perjuangan ini....
Kau tabur bunga-bunga jihad walaupun kita masih jauh
dengan haruman kemenangan...
Isteriku..
Tangkasnya engkau selaku suri...
Biarpun kau jua sibuk bersama mengembleng tenaga selaku
sayap kiri perjuanganku..
Kau jaga teratak kita dengan indahnya...
Kau siraminya dengan wangian cinta dan kasih sayang....
Kau tak pernah menjadikan kesibukanmu itu untuk kau lari
dari amanahmu meskipun jadualmu padat dengan
agenda-agenda bersama masyarakat dan kaum sejenismu....
Cekalnya engkau mendidik anak-anak...
Kau kenalkan mereka dengan Allah, Rasul SAW, Ahlul Bait
serta para pejuang Islam...
Kau titipkan semangat mereka sebagai generasi pelapis
jundullah...
Kau asuh mereka membaca Al Quran...
Malah kau temani mereka mengulangkaji pelajaran dikala
menjelangnya peperiksaan...
Isteriku...
Barangkali inilah kebenarannya ungkapan keramat Al Khomeini...
Tangan yang menghayun buaian boleh menggoncang dunia...
Andai Saidatina Fatimah binti Rasulullah SAW masih ada..
Pasti beliau tersenyum bangga kerana masih ada srikandi
Islam...
SEPERTIMU....WAHAI ISTERIKU..
Friday, January 11, 2008
Contohilah akhlak Rasulullah...
Akhlak Rasulullah adalah akhlak yang dipelihara Allah.
Antara akhlak Baginda yang terpuji adalah :
- Baginda merupakan seorang yang lemah lembut. Tidak gemar menunjukkan kebencian kepada seseorang secara terus terang.
- Pertuturan baginda sentiasa padat dan lengkap; tidak terlalu panjang dan tidak terlalu pendek. Baginda tidak berbicara tanpa perlu dan hanya akan memperkatakan sesuatu yang hak semata-mata.
- Baginda sentiasa mengikat batu diperutnya untuk menahan lapar. Bila makan tidak pernah cerewet tetapi makan apa yang disediakan sahaja dan tidak pernah menolak.
- Baginda sentiasa berlapang dada dan suka memaafkan orang lain walaupun mampu membalas dendam.
Sunday, December 30, 2007
SAPU KHUF

Menyapu khuf ialah satu rukhsah atau kemudahan yang diberikan oleh Islam kepada seseorang Muslim yang ingin mengambil wudhu' atau air sembahyang.
Seseorang itu tidak perlu membuka khufnya untuk membasuh kaki semasa berwudhu' tetapi cukup dengan menyapu bahagian atas khuf tersebut.
Imam Nawawi r.a. berkata, para 'ulama' telah bersepakat membolehkan menyapu khuf samada seseorang itu berada dalam musafir ataupun tidak, disebabkan sesuatu kepentingan.
Apa itu khuf?
Khuf ialah sesuatu yang menutup kedua kaki. Dalam hal ini, bolehlah diertikan sebagai kasut. Namun kalau diteliti punca yang menyebabkan pemakaian kasut, maka pengertian khuf tidak hanya terbatas pada kasut sahaja. Umumnya fungsi kasut ialah untuk melindungi kaki dari kedinginan kerana sejuk, dari terluka dan sebagainya.
Oleh itu segala bentuk pakaian untuk kaki yang mengambil fungsi-fungsi tersebut adalah juga termasuk dalam pengertian khuf. Pembalut kaki seperti stokin juga menetapi fungsi-fungsi pemakaian khuf.
Imam Ibnu Taimiyyah berkata: "Yang benar ialah boleh menyapu pembalut kaki itu. Bahkan menyapunya lebih penting dari kasut dan kaus kaki, kerana kebiasaannya pembalut itu dipakai kerana ada kepentingan hingga berbahaya bila dibuka yang adakalanya ditimpa kesejukan, melecet atau luka menjadi parah. Maka seandainya dibolehkan menyapu kasut maka menyapu pembalut adalah lebih utama."
Syarat Khuf
1. Hendaklah menutupi bahagian kaki sehingga ke atas buku lali.
2. Ia mestilah cukup tebal dan tidak terlalu nipis atau terkoyak sehingga boleh menampakkan kulit di bawahnya.
3. Dipakai dengan sebab-sebab yang disyariatkan
4. Hendaklah dalam keadaan berwudhu' yang sempurna sebelum memakai khuf.
Tempat Menyapu @ Tempat yang disyari'atkan untuk menyapu ialah bahagian atas khuf tersebut.
Dari Mughirah r.a. katanya; "Aku lihat Rasulullah s.a.w. menyapu bahagian atas kasut." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Tarmizi)
Dan yang diwajibkan dalam menyapu ialah sekadar apa yang disebut sebagai menyapu dari segi bahasa tanpa ada batasan. Oleh itu cukup hanya dengan mengusap sedikit air ke bahagian atas khuf.
Lama Berlakunya Jangkawaktu bagi menyapu khuf bagi orang yang tidak bermusafir ialah selama sehari semalam. Manakala bagi mereka yang berada dalam musafir, lama berlakunya ialah selama 3 hari 3 malam.
Dari Syuraij bin Hani' r.a. berkata; "Aku bertanya kepada Aisyah tentang menyapu khuf, maka ujarnya; Tanyalah pada Ali kerana lebih mengetahui hal itu daripada aku. Lalu aku bertanya pada Ali, maka ujarnya; Telah bersabda Rasulullah s.a.w.; 'Bagi musafir ialah 3 hari 3 malam, sedangkan bagi yang bermukim(tidak bermusafir), ialah sehari semalam." (Riwayat Ahmad, Muslim, Tarmizi, Nasai dan Ibn Majah)
Kemudahan menyapu khuf akan terbatal disebabkan:-
1. Habis tempoh waktunya
2. Berjunub
3. Membuka khuf tersebut ( Dalam hal ini seseorang hendaklah memperbaharui wudhu'nya semula dengan sempurna iaitu termasuk membasuh kaki sebelum memakai khuf itu semula). Bagi yang berjunub hendaklah mandi wajib terlebih dahulu.
Monday, December 10, 2007
mari dengar cerita tentang...

Pohon Epal...
Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pohon epal itu. Dia sebenarnya adalah anak lelaki yang pernah bermain-main dengan pohon epal itu. Dia telah matang dan dewasa."Marilah bermain-main di sekitarku," ajak pohon epal itu." Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi anak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai perahu. Bolehkah kau menolongku?" tanya lelaki itu."
Aku tidak mempunyai kapal untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pohon ini untuk dijadikan kapal.Kau akan dapat belayar dengan gembira," kata pohon epal itu.Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pohon epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu. Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju pohon epal itu. Dia adalah anak lelaki yang pernah bermain di sekitar pohon epal itu."
Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi untukdiberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat perahu. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati..." kata pohon epal itu dengan nada pilu."
Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pohonmu kerana aku tidak berupaya untuk belayar lagi, aku merasa lelah dan ingin istirahat," jawab lelaki tua itu."
Jika begitu, istirahatlah di perduku," kata pohon epal itu.Lalu lelaki tua itu duduk beristirahat di perdu pohon epal itu dan beristirahat. Mereka berdua menangis kegembiraan.
Kisah tersebut,
Sebenarnya, pohon epal yang dimaksudkan didalam cerita itu adalah kedua-dua ibu bapa kita. Bila kita masih muda, kita suka bermain dengan mereka.Ketika kita meningkat remaja, kita perlukan bantuan mereka untuk meneruskan hidup. Kita tinggalkan mereka,dan hanya kembali meminta pertolongan apabila kita didalam kesusahan. Namun begitu, mereka tetap menolong kita dan melakukan apa saja asalkan kita bahagia dan gembira dalam hidup.Anda mungkin terfikir bahwa anak lelaki itu bersikap kejam terhadap pohon apel itu, tetapi fikirkanlah, itu hakikatnya bagaimana kebanyakan anak-anak masa kini melayan ibu bapa mereka. Hargailah jasa ibu bapa kepada kita. Jangan hanya kita menghargai mereka semasa menyambut hari ibu dan hari bapa setiap tahun.
Monday, December 3, 2007
petua awet muda....
Sebelum tidur, maafkan semua orang tak kira siapa ~ InsyaAllah,Allah lipat gandakan rezeki.
Sebelum tidur, berdoa, depends on apa yg kita hendak sepanjang tidur,otak akan generatekan all of our wish & InsyaAllah, kita akan work towards it (ada semangat) di keesokan harinya.
Makan buah sebelum breakfast, lunch & dinner ~ ikut Sunnah &dapat pahala & also boleh rujuk kpd pakar pemakanan,vit C dari buah2an yg dimakan selepas breakfast, lunch & dinner yang akan diperolehi adalah approaching 0%.
Jangan minum air semasa sedang makan (breakfast, lunch & dinner).
Minum air selepas 15-30 minit selepa makan.
Untuk minum, bagi teguk yg pertama sahaja, biarkan air dlm mulut about 10s then baru
telan.
Teguk kedua & seterusnya boleh minum terus sbb air liur ada enzyme yg boleh membunuh kuman dlm pankreas,perut, & so on yg akan dibawa oleh air tegukan pertama.
Seelok2nya makan malam sblm maghrib ~ ikut sunnah(Rasullullah makan sblm maghrib kecuali bulan Ramadhan saja selepas maghrib),
sbb,bagi yg tgh study (atau anak2), otak akan berfungsi excellently (senang absorb ilmu) around 2 hrs slps makan so, if makan at 8:30pm,around 10:30pm baru start study and most probably hanya boleh bertahan hingga jam 12 tgh malam saja,jadi, tak byk yg boleh dipelajari berbanding
kalau makan pukul 6:30(org Cina take dinner around this hour). Juga, kita tak tidur dlm kekenyangan (yg mana boleh menghindar dari membuat sembahyang malam)