Saturday, November 17, 2007

RENUNGAN & PANDUAN KITA SEMUA......


sekadar renungan
 Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat
warak dan khusyuk
solatnya. Namun, dia selalu khuatir
kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada
orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki
dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.
 Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama
Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman,
bagaimanakah caranya tuan solat?". Hatim berkata,
"Apabila masuk waktu solat,aku ber-wudhuk zahir dan batin."
 Isam bertanya, "Bagaimana wudhuk zahir dan batin itu?"
Hatim berkata, "Wudhuk zahir sebagaimana biasa iaitu
membasuh semua anggota wudhuk dengan air.

Sementara wudhuk batin ialah membasuh anggota dengan
tujuh perkara :-

1. Bertaubat

2. Menyesali dosa yang telah dilakukan

3. Tidak tergila-gilakan dunia

4. Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')

5. Tinggalkan sifat berbangga

6. Tinggalkan sifat khianat dan
menipu

7. Meninggalkan sifat dengki."
Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi
ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan
menghadap kiblat.

Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan
aku sedang berhadapan dengan Allah, Syurga disebelah
kananku, Neraka di sebelah kiriku, Malaikat Maut berada
dibelakangku,dan aku bayangkan pula aku seolah-olah
berdiri di atas titian'Siratal mustaqim' dan menganggap
bahawa solatku kali ini adalah solatterakhir bagiku, kemudian aku
berniat dan bertakbir dengan baik."


"Setiap bacaan dan doa dalam solat ku faham maknanya,kemudian aku
rukuk dan sujud
dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh
pengharapan
dan aku memberi salam dengan ikhlas.
Beginilah aku
bersolat selama 30 tahun."

Apabila Isam mendengar menangislah dia kerana membayangkan
ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

No comments: